SELAMAT TAHUN BARU 2012

Posted: 19 December 2011 in Uncategorized

Assalamualaikum & salam 1 malaysia…….

Hanya tinggal tak sampai 2 minggu lagi untuk tahun 2011 berlabuh. Sebelum ini saya tak pernah mengeluarkan sebarang artikel atau rujukan artikel yang lebih bersifat peribadi…mungkin ini akan menjadi permulaan kepada blog ini mempunyai lebih roh kehidupan…

Dalam tempoh masa 3 tahun kebelakangan ini saya telah bekerja sepenuh masa di tapak pembinaan di Sungai Petani dibawah sebuah firma arkitek di Alor Setar…syukur semua ok…

Terdapat kelebihan dan pengurangan terhadap tindakan ini, diantara kekuranganya, saya kurang aktif dalam perniagaan…bukan tak aktif langsung, cuma kurang aktif mencari job dan hanya maintain client sahaja. Mungkin terlalu sibuk dengan tugas harian…..

Kelebihan pula…banyak benda yang saya belajar di dalam tapak, method pembinaan, pengurusan projek, terma kejuruteraan, komunikasi, psikologi dan paling penting erti kehidupan….yang mana semua pengalaman ini mematangkan saya dalam perniagaan.

Bila saya kurang aktif dalam perniagaan, memberikan banyak masa kepada saya untuk melihat semula kekurangan di dalam perniagaan ini. Penjenamaan semula syarikat, telah dirancang hampir setahun untuk meningkatkan jenis perkhidmatan, kualiti produk dan komunikasi. Terima kasih kepada team kerja dan sahabat-sahabat saya yang banyak membantu memberi pendapat dan motivasi.

NEXT….2012

Sebenarnya projek strategi perniagaan untuk tahun 2012 telahpun dijalankan sejak Jun 2011. Mungkin ada pembaca disini yang telah memperoleh brouser syarikat sebagai pengenalan…jadi bolehlah merujuk kepada saya jika terdapat sebarang pertanyaan….

Grafitti I Design adalah merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2005. Pada mulanya menyediakan perkhidmatan sokongan kepada firma-firma arkitek dan pemaju perumahan. Diantara perkhidmatan yang disediakan sekarang adalah ‘Architecture, Interior Design, Digital Illustration, Film & Animation, Project Management dan Construction’.

Terdapat beberapa produk dan perkhidmatan baru yang masih didalam proses R&D dan dijangka akan dikeluarkan bulan mac 2012.

HARAPAN….

Diharap tahun 2012 menjadi tahun yang sibuk dengan aktiviti perniagaan.

Kepada pembaca semua, saya ucapkan selamat menyambut tahun baru 2012, semoga berjaya mengecapi kehidupan yang indah disamping keluarga tercinta.

Sekian,
Terima Kasih.

Kamarul

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s