20111129-030156 AM.jpg

ANDA MAHUKAN KUALITI…..

Dalam lukisan PRESENTATION, MARKETING dan SUBMISION kepada Pihak Berkuasa Tempatan
Anda memerlukan khidmat
perekabentuk dalaman/lanskap, ilustrator dan pereka grafik
Syarikat kami menyediakan perkhidmatan di atas untuk membantu anda menyediakan perkhidmatan yang lebih menarik dan berkualiti dengan
HARGA YANG BERPATUTAN.

Posted: 23 March 2009 in Infomation

Grafitti i Design merupakan syarikat yang berpengalaman terutama menyediakan perkhidmatan sokongan kepada firma-firma arkitek dan pemaju perumahan. Diantara perkhidmatan yang disediakan adalah ‘Architecture, Interior Design, Digital Illustration, Film & Animation, Project Management dan Construction’.

Terutama untuk produk Digital illustration atau perspektif, pihak kami menggalakkan penggunaan media internet dan komunikasi untuk perbincangan, dimana kos pengurusan dan travel sesuatu projek dapat dikurangkan. Ini akan memberi kelebihan kepada pelanggan kerana pihak kami dapat memberikan sebutharga untuk Produk dan perkhidmatan yang berkualiti dengan HARGA YANG SANGAT BERPATUTAN.

Selamat Tahun Baru 2012.

Posted: 1 January 2012 in Promotion

Assalamualaikum & salam 1 malaysia…….

Hanya tinggal tak sampai 2 minggu lagi untuk tahun 2011 berlabuh. Sebelum ini saya tak pernah mengeluarkan sebarang artikel atau rujukan artikel yang lebih bersifat peribadi…mungkin ini akan menjadi permulaan kepada blog ini mempunyai lebih roh kehidupan…

Dalam tempoh masa 3 tahun kebelakangan ini saya telah bekerja sepenuh masa di tapak pembinaan di Sungai Petani dibawah sebuah firma arkitek di Alor Setar…syukur semua ok…

Terdapat kelebihan dan pengurangan terhadap tindakan ini, diantara kekuranganya, saya kurang aktif dalam perniagaan…bukan tak aktif langsung, cuma kurang aktif mencari job dan hanya maintain client sahaja. Mungkin terlalu sibuk dengan tugas harian…..

Kelebihan pula…banyak benda yang saya belajar di dalam tapak, method pembinaan, pengurusan projek, terma kejuruteraan, komunikasi, psikologi dan paling penting erti kehidupan….yang mana semua pengalaman ini mematangkan saya dalam perniagaan.

Bila saya kurang aktif dalam perniagaan, memberikan banyak masa kepada saya untuk melihat semula kekurangan di dalam perniagaan ini. Penjenamaan semula syarikat, telah dirancang hampir setahun untuk meningkatkan jenis perkhidmatan, kualiti produk dan komunikasi. Terima kasih kepada team kerja dan sahabat-sahabat saya yang banyak membantu memberi pendapat dan motivasi.

NEXT….2012

Sebenarnya projek strategi perniagaan untuk tahun 2012 telahpun dijalankan sejak Jun 2011. Mungkin ada pembaca disini yang telah memperoleh brouser syarikat sebagai pengenalan…jadi bolehlah merujuk kepada saya jika terdapat sebarang pertanyaan….

Grafitti I Design adalah merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2005. Pada mulanya menyediakan perkhidmatan sokongan kepada firma-firma arkitek dan pemaju perumahan. Diantara perkhidmatan yang disediakan sekarang adalah ‘Architecture, Interior Design, Digital Illustration, Film & Animation, Project Management dan Construction’.

Terdapat beberapa produk dan perkhidmatan baru yang masih didalam proses R&D dan dijangka akan dikeluarkan bulan mac 2012.

HARAPAN….

Diharap tahun 2012 menjadi tahun yang sibuk dengan aktiviti perniagaan.

Kepada pembaca semua, saya ucapkan selamat menyambut tahun baru 2012, semoga berjaya mengecapi kehidupan yang indah disamping keluarga tercinta.

Sekian,
Terima Kasih.

Kamarul

Posted: 19 December 2011 in Uncategorized

Projek : Kedai Pejabat & Rumah Teres 2 Tingkat, Jitra Kedah.
Skop : Penyediaan Perspektif Tapak.
Pelanggan : Melur Kristal Sdn. Bhd.

Penyediaan perspektif adalah melibatkan penbangunan baru kedai pejabat dan rumah teres 2 tingkat disekeliling pembangunan sediada.

20111205-112434 PM.jpg

Posted: 12 December 2011 in Illustration-Housing

Gundam RX-78-2 Scale 1:1

Posted: 29 December 2009 in Uncategorized

Saya sebenarnya tak berapa mengikuti siri animasi Gundam. Dah lama tak tengok, rasa-rasa last tengok siri ni masa study dulu.

Model ini dibina sempena ulang tahun ke 30 tahun, dimana Gundam diperkenalkan pada tahun 1979. Projek pembinaan model ini dinamakan Real-G ditubuhkan pada 11/03/09 dan disiapkan pada 9/06/09

Vertical City

Posted: 22 August 2009 in Article-Architecture

‘Vertical City’ adalah merupakan salah satu cadangan pembangunan mega di Dubai dan akan menjadi bangunan tertinggi di dunia dan sebagai makluman bahawa ketiga-tiga bangunan tertinggi di dunia terletak di Dubai.

Salah satu ‘presentation’ yang menarik dan kreatif berkenaan Projek Pembesaran Jambatan Pulau Pinang. Tak dapat pastikan syarikat yang menyediakan animasi ini. Tahniah kepada Penang Bridge Sdn. Bhd. dan UEM Builders.

Rekabentuk, susunatur dan bahan binaan yang mengambil kira alam sekitar disamping kehadiran lanskap yang menarik.

Perumahan ini boleh dijadikan contoh yang boleh dibuat rujukan oleh pemaju perumahan, arkitek dan perancang bandar di malaysia untuk menghasilkan suatu skim perumahan yang dapat memberi impak positif kepada pembeli.